Hari Ini Hari Isnin…
Hari ni dah hari Isnin bersamaan 30hb Mei 2005. Bulan Mei sudah hampir penghujungnya. Banyak yg berlaku pada bulan Mei ni dan yang bakal berlaku bulan Jun nanti.
Yang menariknya bulan Mei rezeki bertambah murah. Alhamdulillah. Bulan ni dapatlaa aku beli barang barang yang aku idamkan. Hmm..gaji pon ada naik sikit walaupun taklaaa banyak. Dapatlaa beli leather jacket untuk travel ke Sydney nanti, spek mata yang cun..hmm apa lagi ek… Haa…membawa family bercuti
Bulan 6 akan tiba hari Rabu ni…satu satu perkara yang menakutkan ialah menunggu placement aku yang harapnya akan kekal. Duduk di tempat kerja selama 3 tahun, selama inilah 3 kali structure bertukar. Tapi..aku berharap agar aku tidak lagi report dengan seorang boss yang kejam…kalau tak kenalaa pikir kat mana nak transfer..Kalau dia yang kejam itu sekali lagi menerajui tampok pemerintahan unit alamat cuti bln 7 ke Bangkok taktau laa dapat ke tak…Arghhhhhhh takmo pikir