Archive for September, 2007

Hati sakit…sakit hati..

Monday, September 3rd, 2007

Saya sangat sakit hati malam ini. Hati saya sangat sakit. Sakit sakit..sampai rasa nak cubit orang sampai berdarah. Sampai ada parut..

Huaaa..macam mana ni. Mana saya nak carik rumet dalam masa yang singkat ini. Saya dapat tahu rumet saya sekarang akan berpindah ke Melaka minggu depan. Dia meninggalkan saya dan wanie terkutang kating mencari pengganti.

Rumet bilik lagi satu pon tak dapat. Ni sorang lagi mana nak cari. Kalau tak jumpa, saya kena bayar RM700 bulan ni. Saya nak makan apa? Makan pasir? Bulan puasa nak dekat. Ada ke orang nak cari bilik untuk disewa. Huhu..saya pening campur sakit hati

Saya rasa sudah sampai masanya saya punya rumah sendiri. Bayar lebih pon tak apa. Rumah sendiri. Saya nekad tahun depan saya mesti beli rumah sendiri. Jauh sedikit pun tak apa..saya puas. Saya tak perlu pening begini.

Sesiapa yg baca blog ini..tolonglah tanya kalau kalau ada yg nak sewa bilik.

Teringat…

Monday, September 3rd, 2007

Img_2879_edited_3 Alamak..dah lama tak update blog. Tiba-tiba hari ni bila tengok balik gambar gambar lama. Kenangan tahun lepas yang tak dapat dilupakan. Bersama dengan mereka yang tidak sekepala tapi sehati sejiwa. Dah lama kan kita tak get together. Seorang nun jauh 15 jam dari Malaysia, tapi seorang tuh hanya 5 tingkat jer beza. Masa dah berubah. Rasanya hati pun dah berubah ker? Kenapa ya? Betulker masing masing dah berubah atau sengaja berpura-pura menjadi bukan diri sendiri? Kerana apa ya Hari ni aku terasa dalam dunia berangan-angan yang satu hari nanti kita sama-sama akan bergembira,bersedih dan bergelak ketawa macam dulu. Tapi..yang seorang tuh. Kakak yang paling disayangi dan dirindui. Balikkah kah dia hujung tahun ni? Atau masih ingin merantau di sana. Rindunya zaman dulu. Seronokkan kalau masih bersama. Isk..masa kan berubah. Takkan lah boleh selamanya macam tuh..erm..