Structure oh structure

June 7th, 2005 by echehh

Pagi tadi check ngan ika pasal structure & surat pengesahan jawatan ke structure TM yang banyak kali berubah-ubah ni. Semua orang dah takder mood nak kerja sebab tak tau tercampak kat unit mana. Kalau kat tempat aku ni yang horror siapalaa boss atas. Janganlaa yg berhati busuk, bodoh, tolot, kuku besi..isk mintalah di jauhkan

Dalam takder mood ni..alhamdulillah ada berita gumbira. Salary gred baru jer naik..wah dengan increment lagi bulan ni dapatlah menggunakan duit sebaik baiknya..and nak berbakti kat mama ngan abah plak. Selama ni tak pernahlah aku hulur duit belanja kat derang. Ni bila dah ada duit lebih kenalaa berkongsi sikit ngan derang. Harap-harapnya dengan buat begitu rezeki bertambah murah and diberkati Allh..AMIN

Fenomena Jac dan Misha Omar

May 31st, 2005 by echehh

Semalam, aku ngan housemates intend pi tengok rakaman Konsert Fenomena Jac and Misha Omar.

Bila masuk angkasapuri aku pun carilah parking. Tapi orang ramai berpusu pusu dah datang. Kereta dah berderet-deret. Punya hebat penangan Misha Omar and Jac ni. Lagipun konsert rakaman ni FREE jer nak masuk and maybe sebab cuti sekolah agaknya…

Bila jer aku masuk parking..lerhaii sampai kat satu parking jalan mati. Dah la parking tuh sempit and tak banyak. Guard RTM plak tak buka pintu atas untuk let orang drive ke atas. Aku yang nak reverse balik dah tak boleh reverse sebab kereta masuk sampai 2 arah. Masa plak dah suntuk takut kalau penuh guard dah tak bagi masuk. Cuak jugalaa..Nak buat apa ni..cemana nak reverse ni. Tiba tiba ada 2 mamat meluru cakap nak parking belakang kereta aku sebab kalau nak reverse pun dah tak boleh sebab orang belakang taknak reverse. Aku dgn cemas pon iyakan jerlah memandangkan takut tak dapt masuk plak.

Masuk audoturium plak..we really enjoy the show. Suara Jac and Misha Omar memang power. Ternganga mulut tengok. Tapi ada jugaklaa yang si Jac ngan Misha ni tersalah lirik. Terpaksa ulang balik. Al maklumlah rakaman untuk program raya.

Tapi adalah satu insiden 2 orang mamat ni  bergaduh pulak masa orang tgh duk sibuk set up pentas. Dah kena angkut ngan guard ke luar. Lepas tu, aku mula rasa mood dah hilang, tak sedap hati.

Bila habis jer lagu terakhir duet Jac and Misha, terus aku, wanie ngan shima keluar nak balik. Bila sampai kereta..ya Allah aku lupa tutup tingkap kereta. Cermen kereta terbuka seluas luasnya. Dengan cuak, terus check takut ada apa apa yang hilang. Nasib baik laa org maybe tak perasan cermen terbuka and takder barang hilang. Kalau tak nyesal and meraung 1 malam pun belum tentu lagi dapat menghilangkan sesal..huh

What does my name mean?

May 30th, 2005 by echehh
NOOR HAFIDZAH 
N  is for  Natural 
O  is for  Outgoing 
O  is for  Optimistic 
R  is for  Relaxed 
is for 
H  is for  Happy 
A  is for  Altruistic 
F  is for  Furry 
I  is for  Impassioned 
D  is for  Dreamy 
Z  is for  Zappy 
A  is for  Astounding 
H  is for  Honorable 
What Does Your Name Mean? 

Hari Ini Hari Isnin…

May 29th, 2005 by echehh

Hari ni dah hari Isnin bersamaan 30hb Mei 2005. Bulan Mei sudah hampir penghujungnya. Banyak yg berlaku pada bulan Mei ni dan yang bakal berlaku bulan Jun nanti.

Yang menariknya bulan Mei rezeki bertambah murah. Alhamdulillah. Bulan ni dapatlaa aku beli barang barang yang aku idamkan. Hmm..gaji pon ada naik sikit walaupun taklaaa banyak. Dapatlaa beli leather jacket untuk travel ke Sydney nanti, spek mata yang cun..hmm apa lagi ek… Haa…membawa family bercuti

Bulan 6 akan tiba hari Rabu ni…satu satu perkara yang menakutkan ialah menunggu placement aku yang harapnya akan kekal. Duduk di tempat kerja selama 3 tahun, selama inilah 3 kali structure bertukar. Tapi..aku berharap agar aku tidak lagi report dengan seorang boss yang kejam…kalau tak kenalaa pikir kat mana nak transfer..Kalau dia yang kejam itu sekali lagi menerajui tampok pemerintahan unit alamat cuti bln 7 ke Bangkok taktau laa dapat ke tak…Arghhhhhhh takmo pikir

How’s I’m feeling today

May 26th, 2005 by echehh

Kenapa hari ini rasa bengang sangat?
Rasa nak menjerit, nak melaung sepuas hati

" Bosan aku dengan penat…enyah saja kau pekat"

Congratulation Safurah and Ilish

May 24th, 2005 by echehh

20th May 2005..Me and Wanie attended our dearie frens Safurah and Ilish on their grand wedding at Dewan Merak Kayangan. So cute couple..

To Safurah and Ilish, congratulations..and happily ever after ya
Enjoy your honeymoon in Maldives

Dscf0355 Dscf0357

Hari Ini Hari Jumaat

May 20th, 2005 by echehh

Hari Ini Hari Jumaat…

Wah..cepatnya masa berlalu. Hari ni dah hari Jumaat..hmm setiap minggu selalulaa pikir bila laa nak sampai weekend…hehehe

Malam ni nak pergi kenduri kahwin kawan di Dewan Merak Kayangan
Esok pulak ada anak kawan birthday party
Aku plak tukang memeriahkan majlis..hmm
Bila plak orang nak memeriahkan majlis aku pulak ek?
Ntahlaa…biarlah masa yang menentukan

Cahaya

May 18th, 2005 by echehh

Sedapnya lagu Cahaya dari Kris Dayanti..Rasa cam terbuai-buai pulak

Dosakah aku bila
mencintaimu

Bila jalinan hati kini
menderaku
Tapi haruskah diriku pasrah
Diriku mengalah

Memang cinta
tiada bermata
Bisa ciptakan sedih
juga bahagia

Aku kini terjerat kerananya
Susah lepaskan dia

Jalannya cinta nodai hati
Aku dicinta jalinan
tiada pasti

Dan aku tak harus terkalahkan
Dan diriku terabaikan
Ku ikuti jalannya hati

Tak Faham Dengan Kehidupan Ini..

May 18th, 2005 by echehh

Pagi tadi seperti biasa, aku view blog teman baik aku Faeiz.
Message ‘Tak Faham’ buat aku terfikir sesuatu…

"Kenapa kata TIDAK, kalau sebenarnya YA
  Kenapa kata TAK MAHU, kalau sebenarnya MAHU
  Kenapa MENARUH HARAPAN, kalau memang TIADA HARAPAN
  Kenapa perlu MENANTI, kalau pasti TIADA YANG PASTI"